Isnin, 21 November 2011| 10:23 PTG |
0
♥
Syidad bin
Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis,
lalu saya pun bertanyakan Baginda, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"
Sabda
Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku
akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala
tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."
Rasulullah
bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan
para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu
mempunyai suara seperti suara lebah dan
mempunyai sinar matahari dan bersama
mereka itu 3,000 malaikat dan mereka
membawa ke langit ketujuh."
Malaikat
yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah
kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua
anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada
Tuhan saya, setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain
daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."
"Berlaku
riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka
menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan
di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan
amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."
Malaikat
penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di
langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka
berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang
tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.
Kemudian
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat
Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah
yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahwa sesungguhnya dia menghendaki amal
ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."
|
Copyright ©. Code thanks to OhMissLinda.